Yahudi Malabar
Yahudi Malabar

Yahudi Malabar

Kerala 51 (termasuk Kochi, India (17 dalam tahun 2006[1]), Ernakulam, North Paravur, Aluva)
Yahudi Malabar (Malabar Yehudan) dan Yuda Mappila, juga digelar Yahudi Cochin, ialah kumpulan Yahudi India tertua. Asal-usul mereka dikatakan berbalik ke zaman Raja Sulaiman walaupun dari segi pembuktian sejarah pemindahan ke India bermula dengan kejatuhan Baitulmuqaddis pada tahun 70 M. Mereka tinggal di dalam negeri Kerajaan Cochin di selatan India,[2] sekarang sebahagian daripada negeri Kerala. Beberapa gelombang pemindahan ke dalam kerala membawa kepada kemajmukan etnik, namun bukan kepelbagaian bahasa: masyarakat dibahagikan kepada Yahudi Putih (Yahudi Paradesi) dan Yahudi Hitam (Malabari), tetapi kedua-duanya bertutur dalam bahasa Bahasa Judeo-Malayalam, satu dialek Bahasa Malayalam.[3] Kebanyakan besar Yahudi Cochin berpindah ke Israel selepas penubuhannya dan bilangan yang masih tinggal di Cochin amat kecil dan hampir pupus.[4]